Ikan selar dalam kuali,
kuali diletak celah dapur;
yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada beekor?
Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi;
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula melaka dibuat inti;
Bila Diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Buah cermai di dalam dulang,
Tepung digaul minyak sapi;
Anaknya ramai ibunya sorang,
Bila bergesel berapi-api?
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun kemurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun?
KALAU NAK JAWAB,, TULIS KAT ULASAN!!!!!!!
Rabu, 20 Januari 2010
Pantun perpisahan
Hari ini kita menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Orang aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.
Mana manggung mana periaman,
Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tampat mandi.
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Orang aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.
Mana manggung mana periaman,
Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tampat mandi.
Sabtu, 16 Januari 2010
Geografi Form 2
Bab 1
Kedudukan (latitud dan longitud)
Latitud dan longitud merupakan garisan imaginasi di permukaan bumi y dilukis di atas peta,atlas dan glob.
~Latitud~
ialah garisan selari y dilukis mengelilingi glob.Garisan selari ini terbentuk bulatan dan tidak bertemu antara satu sama lain.latitud dinomborkan dari 0 - 90U dan 0 - 90S dari garisan khatulistiwa...

~Longtitud~
ialah garisan yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan di atas glob.longitud dilukis bermula dari garisan meridian pangkal.terdapat 180 longitud di timur dan 180 longitud di barat....
~CARA MENYATAKAN KEDUDUKAN MENGGUNAKAN LATITUD & LONGITUD~
Kedudukan sesuatu di permukaan bumi ditentukan dengan merujuk titik persilangan latitud dan longitud.Latitud hendaklah disebut dahulu dan diikuti oleh longitud untuk menyatakan kedudukan....
Sejarah Form 1
Bab 2 : Zaman prasejarah di Malaysia
Di Malaysia terdapat 3 zaman prasejarah iaitu zaman paleolitik,zamn neolitik dan zaman logam...
~Zaman paleolitik~
1.ciri2 penempatan
Bermula sekitar 200 000-300 000 tahun dahulu.Mereka hidup berpindan-randah,tinggal di tempat terbuka,sekitar tasik dan di dalam gua...
2.Kepercayaan
Mengamalkan animisme dan upacara perkuburan....
3.Kegiatan dan peralatan
Memburu binatang liar dan memungut hasil hutan.. hidup secara sara diri dan mengunakan alat batu.
~Zaman neolitik~
1.Ciri2 penempatan
Bermula sekitar 7000 tahun dahulu.Mereka hidup menetap,tinggal di dalam gua & berhampiran sungai,hidup bermasyarakat, mempunyai ketua dan mengamalkan pembahagian kerja....
2.Kepercayaan
Mengamalkan animisme
3.Kegiatan dan peralatan
Menangkap ikan,menternak binatang,bercucuk tanam,memburu dan memungut hasil hutan.Mengamalkan sistem tukar barang(barter) dan mencipta barang kemas seperti gelang,kalung dan anting2......
~Zaman logam~
1.Ciri2 penempatan
Bermula sekitar 4000 tahun dahulu.Manusia zaman ini hidup menetap,tinggaldi dalam gua dan berhampiran sungai,serta mengamalkan adat resam....
2.Kepercayaan
Mempunyai kepercaan dan pegangan hidup y tertentu serta menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu....
3.Kegiatan dan peralatan
Memburu binatang,memungut hasil hutan,berternak binatang,bercucuk tanam,menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang dan menghasilkan alat logam daripada gansa dan besi.

Jumaat, 15 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)